Page 30 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 30

2.
                       PENGURUSAN DI PERKHIDMATAN BERHENTI MEROKOK

                       Penjarakan sosial
               2.1
                       Memastikan jarak sosial sekurang-kurangnya 1  meter  dengan membuat
                       penandaan (marking) di ruang kaunter pendaftaran, ruang runding cara, tempat
                       saringan, ruang senaman dan lain-lain.

               2.2
                       Merekod kehadiran dan suhu badan klien
                       Memastikan kehadiran dan suhu badan klien diperiksa dan direkodkan.

                       Mengamalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
               2.3
                       (a)  Menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) di pintu masuk;
                       (b)  Memastikan  klien memakai  pelitup muka  (face mask) semasa
                            mendapatkan perkhidmatan;
                       (c)  Memastikan klien tidak bersalaman atau bersentuhan serta mengamalkan
                            etika batuk dan bersin yang betul;
                       (d)  Memastikan disinfeksi  dilakukan pada peralatan  dan permukaan yang
                            kerap disentuh seperti kerusi, tombol pintu, kaunter, peralatan senaman
                            dan lain-lain peralatan.
                       (e)  Penggunaan  alat pengukur  paras  karbon  monoksida adalah tidak
                    GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
                            digalakkan pada masa kini.
                       (f)   Memastikan klien  menggunakan cecair pembasmi  kuman selepas
                            mendapatkan perkhidmatan.

               2.4     Melakukan disinfeksi
                       Memastikan disinfeksi dilakukan pada peralatan dan permukaan yang kerap
                       disentuh sebelum dan selepas  penggunaan seperti kerusi,  tombol  pintu,
                       kaunter,  peralatan senaman  dan lain-lain  peralatan yang kerap disentuh.
                       Penggunaan  alat pengukur  paras  karbon monoksida  adalah  tidak
                       digalakkan pada masa kini.

               2.5     Menghadkan bilangan klien
                       Bilangan klien yang maksimum  pada satu-satu masa  tertakluk  kepada
                       keluasan ruang dengan mematuhi penjarakan sosial 1 meter antara individu.

               2.6     Pelanggan yang berisiko

                       Warga emas,  wanita  mengandung dan individu yang komorbid tidak
                       dibenarkan hadir dan  mengikuti sesi di perkhidmatan berhenti merokok pada

                       masa ini. Digalakkan aktiviti pendidikan dilaksanakan secara maya (virtual).


               2. 7    Mempamerkan bahan promosi dan pendidikan untuk rujukan klien

                       Petugas boleh memuat  turun bahan-bahan promosi dan  pendidikan terkini
                       mengenai COVID-19 dari masa ke  masa  melalui  laman sesawang

                       www.infosihat.gov.my untuk rujukan klien yang hadir.




               3.      PENGENDALIAN PERKHIDMATAN


               3.1     Pendaftaran dan janji temu
                       (a)  Menyediakan senarai jadual sesi susulan perkhidmatan berhenti merokok

                            serta mendaftarkan setiap klien melalui aplikasi MySejahtera. Pengendali

                            perkhidmatan perlu  memastikan klien memuat  turun aplikasi
                            MySejahtera;

                       (b)  Perkhidmatan dilakukan secara janji temu dan berjadual;
                       (c)  Sesi berkumpulan  tidak  boleh melebihi 10 orang pada  satu-satu masa

                            atau mengikut  kapasiti  fasiliti  dengan  memastikan penjarakan sosial

                            sekurang-kurangnya 1 meter; dan
                       (d)  Merekodkan kehadiran klien.
        26

               3.2     Khidmat rundingan

                       (a)  Menyusun janji temu secara bersemuka secara berjadual; dan
                       (b)  Mengoptimumkan  penggunaan  teknologi dan media sosial untuk

                            menjalankan khidmat rundingan secara maya (virtual).


               3.3     Status kesihatan

               Petugas, anggota kesihatan dan klien yang hadir bagi sesi perkhidmatan berhenti
               merokok perlu menjalani saringan gejala-gejala COVID-19 (suhu badan melebihi

               37.5˚, batuk, sakit tekak dan sesak nafas.
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35