Page 29 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 29
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
2. PENGURUSAN DI PERKHIDMATAN BERHENTI MEROKOK
2.1 Penjarakan sosial
Memastikan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter dengan membuat
penandaan (marking) di ruang kaunter pendaftaran, ruang runding cara, tempat
saringan, ruang senaman dan lain-lain.
2.2 Merekod kehadiran dan suhu badan klien
Memastikan kehadiran dan suhu badan klien diperiksa dan direkodkan.
2.3 Mengamalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
(a) Menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) di pintu masuk;
(b) Memastikan klien memakai pelitup muka (face mask) semasa
mendapatkan perkhidmatan;
(c) Memastikan klien tidak bersalaman atau bersentuhan serta mengamalkan
etika batuk dan bersin yang betul;
(d) Memastikan disinfeksi dilakukan pada peralatan dan permukaan yang
kerap disentuh seperti kerusi, tombol pintu, kaunter, peralatan senaman
dan lain-lain peralatan.
(e) Penggunaan alat pengukur paras karbon monoksida adalah tidak
digalakkan pada masa kini.
(f) Memastikan klien menggunakan cecair pembasmi kuman selepas
mendapatkan perkhidmatan.
2.4 Melakukan disinfeksi
Memastikan disinfeksi dilakukan pada peralatan dan permukaan yang kerap
disentuh sebelum dan selepas penggunaan seperti kerusi, tombol pintu,
kaunter, peralatan senaman dan lain-lain peralatan yang kerap disentuh.
Penggunaan alat pengukur paras karbon monoksida adalah tidak
digalakkan pada masa kini.
2.5 Menghadkan bilangan klien
Bilangan klien yang maksimum pada satu-satu masa tertakluk kepada
keluasan ruang dengan mematuhi penjarakan sosial 1 meter antara individu.
25