Page 15 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 15

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN





                       3.2    Proses Kerja


                   Langkah-                          Tindakan                           Tanggungjawab
                   langkah
               Terima rujukan/     Menerima rujukan pesakit dari klinik              PT/PPK
               walk in             atau wad atau menerima pesakit yang datang
                                   secara walk in
               Beri tarikh         Memberi tarikh temujanji kepada klien selepas     PT/PPK/HEO
               temujanji           mendapatkan maklumat ringkas klien
               Hadir klinik        Pesakit hadir ke KBM pada tarikh temujanji        -
               Daftar pesakit      Mendaftar pesakit                                 PT/PPK
               Sesi klinik         Menjalankan sesi pemeriksaan kesihatan di         JT/PPP/HEO
                                   kalangan pesakit/perokok termasuk ujian tahap
                                   karbon monoksida (CO Test), BMI, BP,
                                   Fagerstrom dan Penilaian kesediaan berhenti
                                   merokok
               Runding             Memberi khidmat runding cara                      HEO/JT/PPP
               cara/nasihat        Menentukan jenis rawatan sama ada Modifikasi
               individu            Tingkahlaku sahaja atau Rawatan Farmakologi
                                   bersama Modifikasi Tingkahlaku
               Modifikasi          Modifikasi Tingkahlaku sahaja:                    HEO/JT/PPP
               tingkah laku        -  Pesakit diberi temujanji dalam tempoh 6 bulan
                                     (sekurang-kurangnya hadir 3 kali)
                                   -  Tentukan samada pesakit berjaya atau tidak
                                     berhenti merokok
               Farmakoterapi       Farmakoterapi sahaja atau Farmakoterapi           Pakar/MO/HEO/Pegawai
                                   berserta Modifikasi Tingkahlaku:                  Farmasi
                                   -  Tentukan kesesuaian dan jenis rawatan
                                     farmakologi
                                   -  Jika tidak sesuai,rujuk untuk modifikasi
                                     tingkah laku
                                   -  Jika sesuai bagi penerangan tentang ubat dan
                                     cara pengambilan, withdrawal symptom dll
                                   -  Bagi temujanji setiap dua minggu untuk
                                     tempoh 6 bulan
                                   -  Pesakit mengambil ubat di Farmasi
               Hadir mengikut      Pesakit hadir mengikut tarikh temujanji tempoh 6  -
               temujanji           bulan
               Laporan             Sediakan laporan reten KBM                        HEO/JT/PPP
               Tamat               Selesai sesi rawatan                              -


               Petunjuk:
               HEO-Pegawai Pendidikan Kesihatan

               MO-Pegawai Perubatan
               PPP-Penolong Pegawai Perubatan

               JT-Jururawat Terlatih
               PT-Pembantu Tadbir

               PPK- Pembantu Perawatan Kesihatan
                                                                                                       11




                                                                                                                11
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20