Page 17 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 17

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN





                                                         BAB 4


               4.0     PANDUAN PELAKSANAAN INTERVENSI TINGKAH LAKU


                       4.1    Intervensi tingkah laku merupakan aspek penting dalam perkhidmatan
                              berhenti merokok yang dilaksanakan mengikut keperluan klien/pesakit.
                              Setiap  klien/pesakit perlu melalui kurang-kurangnya 3 sesi  sehingga
                              maksima 6 sesi runding cara di KBM. Manakala pemantauan status
                              berhenti merokok pesakit perlu diteruskan enam (6) bulan selepas
                              tarikh pesakit berhenti merokok (Quit date).

                       4.2    Lakukan intervensi menggunakan teknik-teknik modifikasi tingkah laku
                              seperti    “5A”,   “Motivational     Interviewing”,   “5R”,    “Kemahiran
                              Pembujukan” dan “Mental Simulation”.


                       4.3    Laksanakan perkara berikut bagi pertemuan kali pertama  (Penilaian
                              Pra Berhenti Merokok):


                              A.     Intervensi Paramedik

                                     1.  Daftar klien di buku pendaftaran pesakit.
                                     2.  Lakukan saringan kesihatan

                                         a.  Ujian tekanan darah*

                                         b.  Menjalankan ujian saringan paras karbon monoksida*
                                         c.  BMI*

                                         d.  Lakukan ujian tahap ketagihan (Ujian Fagestrom) untuk
                                            menentukan tahap ketagihan nikotin klien

                                     3.  Ambil sejarah berhenti merokok klien/pesakit termasuk:
                                         a.  Sejarah  merokok  (tabiat  merokok  klien/pesakit  dan

                                            percubaan berhenti merokok yang lepas)

                                         b.  Penyakit sedia ada dan tahap keterukan
                                         c.  Sokongan keluarga

                                         d.  Sokongan kakitangan kesihatan


                                            *  Nota: Ujian ini perlu dilaksanakan setiap kali
                                            klien/pesakit menghadiri sesi KBM.






                                                                                                       13




                                                                                                                13
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22