Page 7 - Vaksin Astrazeneca 2021
P. 7
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
15 APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19 ASTRAZENECA?
Kesan sampingan adalah ringan dan bersifat sementara. Walaupun sangat jarang berlaku,
ada kemungkinan Vaksin COVID-19 AstraZeneca boleh menyebabkan reaksi alahan yang
teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu
jam setelah menerima vaksin.
Penerima vaksin dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya
mempunyai tanda-tanda di bawah dalam tempoh antara 4 hari hingga 4 minggu selepas
vaksinasi iaitu:
• Sakit kepala yang teruk dan berterusan • Sakit sendi
walaupun setelah mengambil ubat • Sakit Otot
penahan sakit • Bengkak Kelenjar
• Sakit kepala yang bertambah teruk • Menggigil
sekiranya dalam keadaan baring • Lebam
• Sakit kepala yang diiringi dengan: • Sukar bernafas, sakit dada, bengkak kaki atau
- Loya atau muntah sakit perut yang berterusan
- Kabur penglihatan • Sekiranya mengalami gejala bengkak pada muka
- Masalah pertuturan dan tekak, gatal atau ruam pada seluruh badan,
- Lemah badan, keletihan atau sawan sukar untuk bernafas atau denyutan jantung
• Berasa letih yang cepat, rasa lemah dan pening, sila dapatkan
rawatan dengan segera.
16 SEKIRANYA SAYA MENGALAMI KESAN SAMPINGAN SELEPAS
SUNTIKAN, APA YANG SAYA PERLU LAKUKAN?
Sekiranya anda mengalami kesan sampingan, sila dapatkan rawatan dengan segera di klinik
kesihatan atau hospital terdekat. Sila laporkan kesan sampingan melalui aplikasi
MySejahtera atau secara atas talian di laman sesawang: www.npra.gov.my.
17 BOLEHKAH SAYA MENOLAK UNTUK MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN
COVID-19 ASTRAZENECA?
Pengambilan vaksin amat digalakkan. Walau bagaimanapun, ANDA BOLEH MEMILIH untuk
tidak menerima vaksin kerana penerimaan vaksin COVID-19 ini adalah secara sukarela.
VAKSIN
ASTRAZENECA Dikemaskini pada
29 Jun 2021 06