Page 4 - Vaksin Astrazeneca 2021
P. 4

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA












                                07            ADAKAH KANAK-KANAK, REMAJA DAN WARGA EMAS LAYAK


                                              MENERIMA VAKSIN ASTRAZENECA?




                                                  • Sehingga kini, kanak-kanak di bawah usia 18 tahun tidak boleh menerima vaksin COVID-19

                                                     sehingga data lanjut diperoleh. Di Malaysia, indikasi vaksin ini yang diluluskan oleh Pihak


                                                     Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) adalah bagi individu berumur 18 tahun dan ke atas. Ini

                                                     adalah kerana tiada data yang mencukupi untuk menentukan keberkesanan dan

                                                     keselamatan pemberian vaksin ini kepada golongan bawah 18 tahun.





                                                  • Warga emas dan golongan berisiko adalah layak untuk menerima vaksin AstraZeneca.










                                08            ADAKAH SAYA BOLEH MENDAPATKAN VAKSIN COVID-19


                                              SEKIRANYA SAYA SEDANG MENGANDUNG ATAU MENYUSU BAYI?



                                                  • Sesuai untuk individu hamil 14 – 33 minggu atau boleh ditangguhkan selepas melahirkan

                                                     anak.





                                                  • Bagi kandungan yang berusia lebih 34 minggu, vaksinasi boleh dilakukan selepas

                                                     konsultasi dengan doktor.





                                                  • Ibu menyusu sesuai menerima vaksin












                                09            ADAKAH  VAKSIN  COVID-19  ASTRAZENECA  SELAMAT

                                              PENGGUNAANNYA  DI MALAYSIA?




                                                  • Vaksin ini adalah selamat diguna berdasarkan pendaftaran bersyarat oleh Pihak Berkuasa

                                                     Kawalan Dadah (PBKD) serta WHO telah meluluskan penggunaannya melalui Kebenaran

                                                     Penggunaan Kecemasan (EUA).





                                                  • Vaksin AstraZeneca juga telah diluluskan penggunaannya di beberapa buah negara lain.
















                                    VAKSIN
                                    ASTRAZENECA                                                                                                                                Dikemaskini pada





                                                                                                                                                                                 29 Jun 2021                    03
   1   2   3   4   5   6   7   8