Page 2 - Vaksin Astrazeneca 2021
P. 2

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA














                                01           APA ITU COVID-19?



                                                  Penyakit COVID-19 disebabkan oleh coronavirus yang disebut SARS-CoV-2. Gejala mungkin

                                                  muncul 2 hingga 14 hari selepas terdedah kepada virus. Gejala yang mungkin dialami adalah:





                                                  •       Demam atau menggigil                                                                •       Kehilangan deria rasa atau bau

                                                  •       Batuk                                                                               •       Sakit tekak

                                                  •       Sesak nafas                                                                         •       Kesesakan atau hidung berair

                                                  •       Keletihan                                                                           •       Loya atau muntah


                                                  •       Sakit otot atau badan                                                               •       Cirit-birit

                                                  •       Sakit kepala









                                02           SIAPAKAH GOLONGAN BERISIKO TINGGI UNTUK MENDAPAT


                                             JANGKITAN COVID- 19?




                                                  Golongan berisiko adalah:




                                                   •      Kanak-kanak

                                                   •      Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas

                                                   •      Pesakit dengan penyakit kronik


                                                   •      Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah

                                                   •      Wanita hamil











                                03           APAKAH KEPENTINGAN MENGAMBIL VAKSIN COVID-19?



                                                  Vaksin COVID-19 diberi agar tubuh membina antibodi atau ketahanan bagi melawan


                                                  jangkitan COVID-19 dan mengurangkan risiko mendapat komplikasi penyakit yg teruk dan

                                                  kematian.





                                                  Apabila  majoriti  penduduk  telah  divaksinasi,  penularan  jangkitan  dijangka  dapat

                                                  dikurangkan. Secara tidak langsung, golongan yg tidak layak menerima vaksin dapat

                                                  dilindungi.












                                    VAKSIN
                                    ASTRAZENECA                                                                                                                                Dikemaskini pada





                                                                                                                                                                                 29 Jun 2021                    01
   1   2   3   4   5   6   7