Page 6 - Vaksin Astrazeneca 2021
P. 6

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA














                                13            ADAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI SEPENUHNYA SELEPAS


                                              MENERIMA VAKSIN COVID-19 ASTRAZENECA?



                                                  Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan


                                                  selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan meningkat secara mendadak

                                                  selepas pemberian dos kedua. Ini bermakna, seseorang akan dilindungi secara optimum

                                                  selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit

                                                  COVID-19 yang teruk. Walaupun seseorang itu telah menerima dos lengkap vaksin, beliau


                                                  masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear,

                                                  Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined space (Sempit), Crowded (Sesak)

                                                  dan  Close  conversation  (Sembang  dekat).  Walau  bagaimanapun,  pada  masa  ini,  tempoh


                                                  perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19 masih belum diketahui.








                                14            APAKAH PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENERIMA


                                              SUNTIKAN VAKSIN COVID-19?




                                                  Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu:


                                                    1.    Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya 15 - 30 minit.





                                                    2.    Anda  mesti memaklumkan kepada petugas  kesihatan atau mendapatkan rawatan

                                                          segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin

                                                          COVID-19:





                                                          •  Kesukaran bernafas

                                                          •  Pembengkakan muka, bibir dan tekak

                                                          •  Denyutan jantung yang sangat cepat


                                                          •  Ruam teruk timbul di seluruh badan

                                                          •  Pening dan lemah tubuh badan





                                                    3.    Selepas dos pertama, kad vaksinasi dengan tarikh temu janji untuk dos yang kedua

                                                          akan diberikan. Simpan kad tersebut.





                                                    4.    Walaupun telah menerima vaksin, penerima perlu sentiasa mengamalkan norma baharu

                                                          dan mengikuti langkah pencegahan penyakit COVID-19.








                                    VAKSIN
                                    ASTRAZENECA                                                                                                                                Dikemaskini pada





                                                                                                                                                                                 29 Jun 2021                    05
   1   2   3   4   5   6   7   8