Page 18 - e-Majalah MyHEALTH Disember 2025
P. 18
INFO KESIHATAN
JANGAN AMBIL MUDAH,
PNEUMONIA BOLEH MERAGUT NYAWA
Seorang wanita mengalami demam,sakit tekak dan selesema selepas pulang dari luar negara.
Menyangka dirinya hanya keletihan, beliau tidak mendapatkan rawatan segera. Namun
selepas seminggu, demamnya tidak surut, batuk semakin teruk dan nafas menjadi pendek.
Pemeriksaan di hospital akhirnya mengesahkan beliau menghidap pneumonia, jangkitan paru-
paru yang boleh membawa maut jika dibiarkan.
Kenali Pneumonia
Pneumonia ialah jangkitan pada tisu paru-
paru yang menyebabkan keradangan serta
pengumpulan cecair dalam kantung udara
(alveoli). Keadaan ini menyukarkan pertukaran
oksigen, lalu menyebabkan pesakit bernafas
dengan sukar.
Jangkitan ini boleh menyerang satu atau
kedua-dua paru-paru dan disebabkan oleh
bakteria, virus atau kulat. Tahap keterukannya
pula berbeza, daripada ringan hingga yang
boleh mengancam nyawa.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini,
peningkatan kes jangkitan pernafasan seperti
influenza dan COVID-19 turut meningkatkan
risiko pneumonia.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia
(DOSM) 2023, sebanyak 18,181 kematian
akibat pneumonia direkodkan di Malaysia,
menjadikannya antara penyebab utama
kematian di negara ini.
Kumpulan yang Berisiko
Warga emas yang tidak mendapat vaksin
Pesakit yang mempunyai penyakit kronik
(pesakit diabetes, penyakit jantung,
penyakit paru-paru kronik)
Pesakit yang mempunyai sistem imun
lemah (kanser, HIV dan penyakit autoimun)
Perokok dan pengguna vape, terutamanya
dalam kalangan belia
14 DISEMBER 2025 MYHEALTH FOR LIFE

