Page 9 - Soalan Lazim PICKids
P. 9

SOALAN LAZIM PICKids-




                                  KESAN ADVERS SUSULAN


                                  IMUNISASI




                                      APAKAH PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENERIMA
                                      SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH)?

                    16                     Setelah  menerima  suntikan  vaksin  COVID-19  Comirnaty  (Pfizer-BioNTech)  ,



                                           kanak-kanak perlu:


                                           •    Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama
                                                15 minit.
                                           •    Ibu bapa / penjaga kepada kanak-kanak perlu memaklumkan kepada petugas
                                                kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami
                                                tanda-  tanda  kesan  sampingan  yang  teruk  selepas  menerima  vaksin
                                                COVID-19 Comirnaty (Pfizer-BioNTech)
                                           •    Pastikan  sentiasa  mengamalkan  norma  baharu  dan  mengikuti  langkah
                                                pencegahan penyakit COVID-19 di PPV.

                                           •    Ibu bapa / penjaga perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota
                                                kesihatan  setelah  menerima  dos  vaksin  COVID-19  Comirnaty  (Pfizer-
                                                BioNTech) .
                                           •    Ibu  bapa  /  penjaga  perlu  memantau  kanak-kanak  agar  tidak  melakukan
                                                aktiviti lasak / berat selama sekurang-kurangnya 2 minggu (14 hari).






                                      APAKAH YANG DILAKUKAN SEKIRANYA MENGALAMI KESAN

                                      SAMPINGAN SELEPAS SUNTIKAN?
                    17                     Ibu  bapa  /  penjaga  perlu  memantau  keadaan  kanak-kanak  selepas  divaksin.


                                           Sekiranya kanak-kanak mengalami kesan sampingan ringan seperti sakit di

                                           tempat  suntikan,  demam,  sakit badan, ibubapa  boleh  memberi  Paracetamol
                                           dos kanak-kanak yang memerlukan ubat untuk melegakan gejala dan pastikan
                                           kanak-kanak mendapat rehat yang cukup. Sekiranya kesan sampingan ringan ini
                                           berpanjangan, sila dapatkan rawatan di klinik berhampiran.


                                           Sekiranya kanak-kanak mengalami kesan sampingan teruk, sila dapatkan rawatan
                                           segera dari klinik atau hospital berdekatan.







                                                                                                                                   8          Dikemaskini pada

                                                                                                                                              09 Februari 2022
   4   5   6   7   8   9   10   11