Page 4 - Soalan Lazim PICKids
P. 4

SOALAN LAZIM PICKids-




                                   JANJI TEMU









                                       BAGAIMANA JANJI TEMU SECARA TEMPAHAN DIBERI?

                   04                       Ketika ini, janji temu secara tempahan hanya dibuka kepada kanak-kanak yang
                                            telah didaftar sebagai tanggungan di dalam aplikasi MySejahtera dan tinggal di
                                            Lembah Klang serta tidak mempunyai komorbid. Pautan tempahan janji temu
                                            akan diberi secara berperingkat melalui notifikasi di aplikasi MySejahtera dan

                                            pesanan  ringkas.  Setelah  menerima  pautan,  ibubapa/penjaga  boleh  memilih
                                            tarikh, masa dan pusat pemberian vaksinasi yang bersesuaian. Pastikan ibubapa/
                                            penjaga HANYA memilih jenis vaksin COVID-19 Comirnaty (Pfizer-BioNTech).


                                            Langkah-langkah  membuat  janji  temu  seperti  di  pautan:  https://covid-19.
                                            moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids/semasa/2022/02/langkah-langkah-
                                            mendapatkan-janji-temu-vaksinasi-pickids-melalui-mysejahtera.






                                       BOLEHKAH IBU BAPA / PENJAGA MEMILIH TARIKH, MASA DAN

                   05                  TEMPAT PUSAT PEMBERIAN VAKSIN?

                                            Buat  masa  ini  hanya  penduduk  di  Lembah  Klang  boleh  membuat  tempahan
                                            janji temu dengan memilih tarikh, masa dan tempat melalui sistem baharu yang
                                            diperkenalkan di dalam aplikasi MySejahtera.






                                       SEKIRANYA TERDAPAT LEBIH DARIPADA SEORANG KANAK-
                                       KANAK YANG LAYAK MENERIMA VAKSIN DALAM SEBUAH
                   06                  KELUARGA,  BOLEHKAH  KESEMUA  KANAK-KANAK  LAIN  YANG


                                       LAYAK TETAPI TIDAK MENERIMA JANJI TEMU  UNTUK PERGI

                                       BERSAMA MENDAPATKAN VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-
                                       BIONTECH) DI PPV  PADA MASA YANG SAMA?

                                            Ibu bapa / penjaga perlu menempah slot janji temu vaksinasi anak-anak mereka
                                            melalui aplikasi MySejahtera secara individu dan mematuhi slot janji temu yang
                                            telah ditetapkan.







                                                                                                                                   3          Dikemaskini pada

                                                                                                                                              09 Februari 2022
   1   2   3   4   5   6   7   8   9