Page 8 - Soalan Lazim PICKids
P. 8

SOALAN LAZIM PICKids-




                                   KESAN ADVERS SUSULAN


                                   IMUNISASI




                                       APAKAH KESAN SAMPINGAN YANG MUNGKIN DIALAMI SELEPAS
                                       MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-

                    15                 BIONTECH)?
                                            Kebanyakan kesan sampingan adalah ringan, bersifat sementara dan boleh
                                            sembuh dalam masa beberapa hari dengan atau tanpa memerlukan rawatan.

                                            Kesan sampingan yang perlu dilaporkan adalah seperti berikut:

                                                         Ringan                             Sederhana                                Teruk



                                             •   Demam ringan                     •   Sakit kepala                     •   Sakit dada
                                             •   Sakit di tempat suntikan •           Sakit otot                       •   Kesukaran bernafas
                                             •   Bengkak di tempat                •   Menggigil                        •   Pembengkakan muka,
                                                 suntikan                         •   Sakit sendi                          bibir dan tekak
                                             •   Kemerahan di tempat              •   Loya                             •   Denyutan  jantung yang
                                                 suntikan                         •   Pembengkakan                         sangat cepat
                                             •   Penat (tiredness)                •   kelenjar limfa                   •   Ruam teruk timbul di
                                             •   Merasa tidak sihat                                                        seluruh badan
                                                                                                                       •   Merasa pening dan
                                                                                                                           lemah tubuh badan




                                            Radang otot jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (perikarditis)
                                            adalah  kesan  sampingan  selepas  vaksin  yang  jarang  berlaku.  Sekiranya  anak
                                            mengalami kesukaran bernafas, sakit dada dan degupan jantung yang laju, sila
                                            bawa anak segera ke failiti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan

                                            segera.


                                            Sila  lapor  sebarang  kejadian  kesan  sampingan  di  aplikasi  MySejahtera  dan
                                            dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berdekatan sekiranya
                                            gejala kesan sampingan berpanjangan atau semakin teruk.
















                                                                                                                                   7          Dikemaskini pada

                                                                                                                                              09 Februari 2022
   3   4   5   6   7   8   9   10   11