Page 75 - Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
P. 75

PENUTUP














                                                      Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan menyelami isu-isu kritikal sejajar

                                                   dengan objektif Kertas Putih Kesihatan dan Rancangan Malaysia Ke-12, yang
                                                    mencerminkan transformasi sistem kesihatan negara untuk meningkatkan
                                                   kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. DLKK ini menggunakan
                                                     pendekatan ‘Whole of Nation’ untuk memupuk tanggungjawab bersama

                                                                        dalam kalangan semua pihak.


                                                     Pelaksanaan 6 strategi dan 16 inisiatif literasi kesihatan bertujuan untuk
                                                       melahirkan rakyat yang cekap (proficient), bijak (wise), berdaya upaya

                                                       (empowered) dan mampan (sustainable). Pelaksanaan inisiatif literasi
                                                      kesihatan yang berkesan adalah penting untuk melahirkan rakyat yang
                                                    memiliki tahap literasi kesihatan yang cemerlang, selaras dengan aspirasi
                                                      Transformasi Kesihatan Malaysia: Memajukan promosi kesihatan dan

                                                             pencegahan penyakit dalam kalangan rakyat Malaysia.

























                                                                                                                         DASAR LITERASI KESIHATAN KEBANGSAAN  65
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80