Page 73 - Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
P. 73

HALA TUJU



                 PELAKSANAAN


















                      Komitmen Tampuk Kepimpinan                                          Penglibatan Langsung Pemegang Taruh
                                                                                          dan Kumpulan Sasar

                      Kepimpinan tertinggi komited untuk mengkaji kemajuan,
                      memberi panduan, dan menyelesaikan isu-isu berkaitan                Penglibatan berterusan oleh pihak
                      pelaksanaan DLKK secara berkala dan berterusan.                     berkepentingan dan kumpulan sasar akan
                      Kepimpinan juga perlu menekankan peri pentingnya                    memastikan proses pelaksanaan inisiatif literasi
                      usaha meningkatkan literasi kesihatan rakyat sejajar                kesihatan dapat diterima baik oleh semua.
                      dengan matlamat dan objektif kesihatan nasional yang
                      lebih komprehensif termasuk impak kesihatan yang
                      lebih baik, pengurangan kos penjagaan kesihatan dan
                      rakyat yang bermaklumat dan bertanggungjawab ke atas
                      kesihatan mereka.












                      Pemantauan dan Penilaian Berterusan                                 Kaedah Komunikasi Berkesan


                      Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dibentuk bagi menyelaras              Strategi komunikasi disesuaikan dan
                      pengurusan sasaran dan data pencapaian yang telah                   diadaptasi mengikut keperluan kumpulan
                      ditetapkan bagi setiap inisiatif literasi kesihatan. Analisis       sasar dan pemegang taruh bagi mengukuhkan
                      data bertujuan mengenal pasti trend, kejayaan dan                   kepercayaan dan jaringan komitmen bersama
                      bidang yang memerlukan penambahbaikan selanjutnya.                  untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat.
                      Laporan pencapaian dikongsi dengan pihak termasuk
                      kepimpinan tertinggi untuk mengekalkan ketelusan dan
                      akauntabiliti.


















                                                                                                                         DASAR LITERASI KESIHATAN KEBANGSAAN  63
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78