Page 6 - Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
P. 6
Literasi kesihatan adalah faktor penting dalam memastikan keberhasilan
kesihatan yang signifikan. Ia bukan sekadar kebolehan mengakses
maklumat kesihatan melalui media sosial, laman web, membaca risalah
dan mengikuti tingkah laku kesihatan yang disarankan. Ia haruslah dapat
melengkapkan individu dengan keupayaan membuat pertimbangan kritikal
mengenai maklumat dan sumber kesihatan serta mampu berinteraksi
dan menyatakan keperluan diri dan masyarakat dalam mempromosi dan
membudayakan hidup sihat yang dapat menyumbang kepada kesihatan
dan kesejahteraan yang lebih baik. Dengan menambah baik akses rakyat
kepada maklumat kesihatan yang mudah difahami dan dipercayai serta
keupayaan mereka menggunakan maklumat tersebut dengan berkesan,
literasi kesihatan dilihat amat penting dalam memperkasakan individu
untuk membuat keputusan tentang kesihatan kendiri serta membolehkan
keterlibatan mereka mengambil tindakan promosi kesihatan yang kolektif
ke arah menangani penentu sosial kesihatan.
Peningkatan tahap literasi kesihatan adalah keutamaan dalam
meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dalam
kalangan kumpulan yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kerajaan
Malaysia untuk membangunkan Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
(DLKK).
DR RABINDRA ABEYASINGHE
WAKIL PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) KE
MALAYSIA, BRUNEI DARUSSALAM DAN SINGAPURA
VI DASAR LITERASI KESIHATAN KEBANGSAAN