Page 10 - Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
P. 10

RINGKASAN



                 EKSEKUTIF                                                                 Literasi kesihatan di Malaysia telah berkembang pesat  dalam beberapa




                                                                                           tahun kebelakangan ini, menandakan kesedaran yang semakin tinggi
                                                                                           terhadap kepentingan maklumat kesihatan dalam membuat keputusan
                                                                                           secara bijak. Konsep literasi kesihatan tidak hanya terbatas kepada
                                                                                           pendidikan asas, tetapi juga merangkumi kemahiran  individu dan
                                                                                           komuniti untuk mengakses, memahami, menilai, serta menggunakan
                                                                                           maklumat kesihatan dalam kehidupan harian mereka.

                                                                                           Sistem penjagaan kesihatan Malaysia mengiktiraf kepentingan tahap
                                                                                           literasi kesihatan yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Beberapa
                                                                                           langkah telah diambil untuk meningkatkan pemahaman yang lebih
                                                                                           mendalam tentang aspek-aspek berkaitan kesihatan, memberi galakan
                                                                                           kepada komuniti untuk terlibat secara aktif dalam membuat keputusan
                                                                                           tentang penjagaan kesihatan, serta mendorong tanggungjawab
                                                                                           bersama terhadap kesejahteraan.

























































             X     DASAR LITERASI KESIHATAN KEBANGSAAN
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15