Page 18 - Pelan Strategik Putrajaya Sihat_Final
P. 18

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan sesi libat urus dengan beberapa kementerian dan agensi berkaitan
             Pelan Strategik PSS dengan mengambil kira keperluan kumpulan sasar, keupayaan, kepelbagaian aktiviti termasuk Pelan Strategik
             KKM, Pelan Strategik ANMS, Kertas Putih Kesihatan, hala tuju pembangunan Putrajaya dalam Local Agenda 21 Putrajaya (LA 21),
             Rancangan Struktur Putrajaya, Putrajaya Mampan 2025 dan Putrajaya Ke Arah Global City 2040.


             Pelan Strategik KKM mengenal
             pasti empat objektif strategik
             (outcome) yang hendak dicapai
             demi meningkatkan tahap
             kesihatan ke satu tahap yang lebih
             baik dan berkemampuan untuk
             menyediakan sistem penyampaian
             penjagaan kesihatan yang dapat
             memenuhi keperluan rakyat.
             Reformasi sistem kesihatan
             negara yang menyeluruh dan
             holistik dicadangkan melalui
             Kertas Putih Kesihatan (HWP)
             agar sistem kesihatan Malaysia
             lebih saksama, mampan dan
             berdaya tahan. Lantaran itu
             juga, Agenda Kesihatan iaitu
             ANMS diperkenalkan sebagai
             strategi untuk memperkukuh dan
             memperkasakan rakyat dalam
             pembudayan hidup sihat dan
             kelestarian persekitaran yang
             menyokong kesihatan.


             Pelan Strategik Perbadanan
             Putrajaya 2021-2025 juga
             mengutamakan kemudahan dalam
             aspek kesihatan yang mencukupi
             dan juga menyokong strategi
             objektif keempat iaitu memperkasa
             kesejahteraan rakyat. PSS secara
             langsung turut memperkukuh
             peluang kepada public at large
             dalam memperolehi perkhidmatan
             kesihatan ke arah Smart Healthy
             Lifestyle sepertimana terkandung
             dalam Pelan Strategik Perbadanan
             Putrajaya diantaranya menikmati
             kemudahan fizikal dan teknologi
             yang terdapat di Putrajaya seperti
             Smart Transportation & Mobility,
             Smart Home & Environment, Smart
             Government Services, Smart
             Infrastructure & Utilities, Smart
             Safety & Security, Smart Economy
             dan Smart Community.







         4                                                      PELAN STRATEGIK putraja y a siha t sejahtera
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23