Page 22 - Pelan Strategik Putrajaya Sihat_Final
P. 22
Budaya hidup sihat yang
melibatkan tingkah laku
kesihatan seperti aktif secara
fizikal, penjagaan kesihatan
mental, pemakanan yang
sihat dan selamat serta tidak
merokok adalah amat penting
bagi meningkatkan imuniti
badan (lifestyle immunity) dan
penuaan sihat (healthy ageing)
rakyat Malaysia.
Di Malaysia, sebanyak 73% punca kematian
adalah disebabkan oleh penyakit akibat
pembudayaan hidup tidak sihat (WHO, 2022).
Kebarangkalian kematian pramatang dalam
kalangan rakyat Malaysia akibat penyakit tidak
berjangkit (NCD) adalah 18% iaitu lebih tinggi
daripada negara jiran seperti Thailand (14%)
dan Singapura (9%).
Peningkatan tren NCD akibat amalan hidup
tidak sihat dalam kalangan rakyat Malaysia
serta cabaran utama kesihatan awam
meningkatkan impak beban penyakit daripada
segi kematian pramatang, peningkatan kos
rawatan dan perubatan serta kehilangan
produktiviti negara.
8 PELAN STRATEGIK putraja y a siha t sejahtera