Page 14 - Pelan Strategik Putrajaya Sihat_Final
P. 14

Agenda Nasional Malaysia
             Sihat (ANMS) yang diluluskan
             oleh Jemaah Menteri pada
             7 Ogos 2020 memberikan
             tumpuan bagi melahirkan
             rakyat yang sihat sejahtera.
             ANMS dilaksanakan untuk
             tempoh 10 tahun mulai 2020
             hingga 2030 melalui empat
             (4) fasa dan dua (2) penggal.
             Pelaksanaan ANMS adalah
             berdasarkan pendekatan
             Whole of Nation melalui
             empat (4) teras, 10 strategi
             dan 24 inisiatif.

             PSS merupakan salah
             satu inisiatif ANMS yang
             bermatlamat menjadikan
             penjawat awam di Putrajaya
             aktif dan cakna dalam
             pembudayaan hidup sihat
             dan persekitaran yang
             menyokong kesejahteraan
             kesihatan.











               Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 April
               2024 telah bersetuju dengan keputusan
               Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet ANMS
               Bil. 1/2024 pada 4 Mac 2024:

               1. Pelaksanaan PSS bermula 2024 hingga
                 2030 melibatkan penjawat awam yang
                 berkhidmat di Putrajaya;

               2. Pelaksanaan fasa rintis mulai tahun
                 2024 hingga 2025 dengan menggunakan
                 peruntukan sedia ada kementerian,
                 jabatan, bahagian atau agensi masing-
                 masing; dan


               3. Memorandum Jemaah Menteri (MJM)
                 perlu disediakan untuk keperluan
                 kewangan bagi perluasan inisiatif.












         XIV                                                    PELAN STRATEGIK putraja y a siha t sejahtera
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19