Page 14 - BUKU GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SENAMAN RINGAN ATAU X_BREAK_NEW DESIGN
P. 14

KAEDAH PELAKSANAAN



        Pelaksanaan Senaman Ringan atau X-BREAK


        Institusi  pendidikan  mempunyai  fleksibiliti  senaman
        ringan   atau  X-BREAK   semasa    sesi    persekolahan /
        pengajian    setiap    hari   mengikut    kesesuaian    dan
        masa  seperti  pilihan  yang berikut:

        a) Ketika Sesi Perhimpunan


        Senaman ringan atau X-BREAK boleh dilaksanakan
        sebelum,  semasa  atau  selepas  perhimpunan  selama
        dua (2) hingga lima (5) minit.


        b) Ketika Masa  Peralihan  Antara  Kelas/Selang  Masa
             2 Jam


        Senaman ringan atau X-BREAK  boleh dilaksanakan bagi
        selang masa dua (2) jam atau ketika masa peralihan
        antara  kelas (mengikut kesesuaian) selama dua (2)
        hingga lima (5) minit dan dengan pengawasan guru.

        c) Sebelum Tamat Waktu Persekolahan


        Senaman ringan atau X-BREAK   boleh dilaksanakan
        sebelum     tamat     waktu     persekolahan/pengajian
        (mengikut kesesuaian) selama dua (2) hingga lima (5)
        minit.

        d) Semasa Program/Aktiviti Berstruktur/Berjadual


        Senaman ringan atau  X-BREAK  boleh dilaksanakan
        sebelum, semasa atau selepas sebarang aktiviti di
        dalam atau luar kelas ketika program berstruktur seperti
        Hari Keusahawanan, Hari Kanak-Kanak, perkhemahan
        sekolah dan sebarang aktiviti berkumpulan yang melebihi
        dua (2) jam. Antara aktiviti X-BREAK yang dicadangkan
        adalah selama dua (2) hingga lima (5) minit.


      10
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19