Page 24 - GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MYCHAMPION endorsed 23092025 (1)
P. 24

PERANCANGAN LATIHAN MyCHAMPION KEPADA SUKARAWALAN MyCHAMPION OLEH
                                  PENYELARAS MyCHAMPION PERINGKAT DAERAH


         Terdapat  empat  perkara  yang  perlu  dilakukan  oleh  penyelaras  daerah  untuk  memastikan  latihan
         kepada MyCHAMPION dapat berjalan dengan lancar. Perkara tersebut adalah seperti berikut;


                      Perancangan dan pentadbiran                               Pelaksanaan


                                Semakan                                           Pelaporan




         Perancangan dan Pentadbiran

         Perkara yang perlu dilakukan oleh penyelaras adalah;

         •   Mengenal pasti kumpulan sukarelawan yang bakal dilibatkan dalam program serta mengenal pasti
             lain-lain kumpulan komuniti yang dapat memberikan kerjasama untuk menjalankan aktiviti (contoh:
             ketua kampung serta Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT), wakil peniaga, wakil Ahli
             Jawatankuasa  Masjid,  wakil  sekolah,  wakil  persatuan,  wakil  warga  emas,  wakil  Orang  Kelainan
             Upaya (OKU), wakil ibu tunggal, dan lain-lain).
         •   Mengenal pasti jenis penempatan di daerah atau kawasan (contoh: kampung, taman perumahan,
             perumahan strata, penduduk pulau, dll).
         •   Mengenal pasti lain-lain agensi kerajaan dan swasta yang dapat membantu aktiviti di peringkat
             setempat (contoh: pejabat daerah, syarikat swasta dan lain-lain).

         Selain  itu,  daripada  segi  persiapan  program  latihan,  penyelaras  perlu  menjalankan  perkara  seperti
         berikut;

         •   Menyediakan kertas kerja program di peringkat daerah termasuk cadangan pembiayaan.
         •   Menetapkan tarikh, masa dan tempat program.
         •   Mengeluarkan surat jemputan kepada semua pihak yang terlibat.
         •   Mengenal  pasti  dan  melantik  pasukan  pelatih  dan  jurulatih/sukarelawan  yang  akan  bersama
             menjalankan sesi latihan.
         •   Menentukan perincian perjalanan sesi latihan.



         24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29