Page 25 - GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MYCHAMPION endorsed 23092025 (1)
P. 25

Pelaksanaan


         Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaksanaan latihan MyCHAMPION adalah seperti berikut;

         •   Menjalankan latihan berdasarkan buku Pemerkasaan Komuniti Ke Arah Kesejahteraan Kesihatan:
             Peranan MyCHAMPION termasuk penggunaan portal MyCHAMPION, pendaftaran MyCHAMPION
             dan kamunikasi berkesan.
         •   Menyediakan dan mengedarkan borang sebelum dan selepas latihan.
         •   Mendapatkan maklum balas daripada peserta berkenaan dengan jangkaan terhadap latihan yang
             dilaksanakan.
         •   Latihan boleh dilaksanakan selama separuh hari sahaja ataupun boleh disekalikan dengan latihan
             sedia  ada  yang  dianjurkan  oleh  sukarelawan.  Latihan  separuh  hari  boleh  dilaksanakan  seperti
             berikut;


                      Tempoh Latihan                                         Tajuk
                           2 jam                    Buku Hidup Bersama COVID-19 : Peranan MyCHAMPION

                           1 jam                    Portal MyCHAMPION
                           1 jam                    Komunikasi Berkesan

         Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat aktiviti sedia ada yang dirancang, sesi taklimat berhubung
         perkara ini dapat dijadikan sebahagian daripada aktiviti.

                                                                                             24










                               MAKLUMAN
                               •   Setiap pelaksanaan latihan perlu memastikan maklumat kesihatan
                                   diberikan penerangan secara terperinci agar komuniti mendapat mesej
                                   yang sahih.
                               •   Latihan perlu memberikan ruang untuk sesi soal jawab antara penceramah
                                   dan MyCHAMPION supaya setiap kemusykilan dapat diperjelas.

                                                                                                          25
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30