Page 15 - GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MYCHAMPION endorsed 23092025 (1)
P. 15
PENYELARASAN AKTIVITI MyCHAMPION
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti sukarelawan MyCHAMPION, Jawatankuasa Kerja
Peringkat kebangsaan, negeri dan daerah ditubuhkan. Untuk jawatankuasa peringkat kebangsaan, ahlinya
terdiri daripada pegawai yang bertanggungjawab daripada setiap agensi kerajaan dan diselaraskan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala jawatankuasa peringkat negeri dan daerah ditubuh
berdasarkan cadangan daripada agensi kerajaan masing-masing yang terlibat dengan MyCHAMPION.
Penyelaras Peringkat Kebangsaan
KETUA SETIAUSAHA
PENASIHAT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Pengerusi Kementerian Kesihatan Malaysia
Urusetia Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Perpaduan Negara (KPN)
Kementerian Pembagunan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
Kementerian Wilayah Persekutuan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Tanggungjawab penyelaras peringkat kebangsaan :
i. Mengadakan mesyuarat peringkat kebangsaan
ii. Membangunkan dasar dan pelan perancangan
iii. Menjalankan latihan kepada peringkat negeri
iv. Menyediakan modul dan garis panduan
v. Memberi khidmat nasihat teknikal
vi. Menyediakan borang pelaporan program
vii. Memantau pelaksanaan program di peringkat negeri, daerah dan komuniti
viii. Melaporkan pencapaian program kepada pihak tertinggi
15

