Page 13 - GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MYCHAMPION endorsed 23092025 (1)
P. 13
GARIS PANDUAN PEMERKASAAN SUKARELAWAN
Garis Panduan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelaras MyCHAMPION
daripada pelbagai peringkat dalam melatih sukarelawan MyCHAMPION. Penyelaras yang telah dilatih
bertanggungjawab memastikan sukarelawan mampu untuk mempromosikan pembudayaan hidup sihat
dan kelestarian persekitaran. Pada masa yang sama sukarelawan juga mampu mengalakkan komuniti
dalam lokaliti mereka menjalankan saringan faktor risiko kesihatan dan menyertai program intervensi
pengurusan berat badan mahupun berhenti merokok.
Garis panduan ini perlu dibaca bersama BUKU PERMERKASAAN KOMUNITI KE ARAH KESEJAHTERAAN
KESIHATAN: PERANAN MyCHAMPION
MATLAMAT LATIHAN KEPADA PENYELARAS
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelaras pelbagai peringkat yang menjalankan
latihan.
• Memastikan mesej yang disampaikan selari dengan matlamat Agenda National Malaysia Sihat.
13

