Page 55 - Inovasi COMBI kebangsaan 2019
P. 55

1. Ciri - ciri Inovasi


              Malaysian Mosquito Autocidal Trap (MyMAT®) merupakan peralatan untuk memerangkap dan
              membunuh nyamuk dewasa yang gravid (bersedia untuk bertelur) serta mampu membunuh
              larva Aedes. Komponen bagi setiap unit MyMAT® terdiri daripada:


              •  Bekas air 600ml
              •  Gelang berpelekat
              •  Corong bertapis
              •  Pelampung berjaring halus
              •  Sachet 30mg Bti (agen pembunuh jejentik)
              •  Penutup bertangkai
              •  Manual cara penggunaan MyMAT®











          2.  Cara MyMat® beroperasi


              •  Nyamuk Aedes akan terbang mencari air jernih yang bertakung untuk bertelur, minum atau berehat.
              •  Nyamuk akan terperangkap pada permukaan melekit apabila cuba mendekati permukaan air yang
                 terdapat di tengah-tengah gelang melekit.
              •  Aktiviti di dalam air juga akan menghasilkan CO2 menarik kedatangan nyamuk dewasa ke arah perangkap.
              •  Nyamuk akan terus melekat di situ dan mati. Nyamuk tersebut akan menarik nyamuk-nyamuk lain
                 untuk datang berkumpul dan terperangkap di dalam MyMAT®.

























                                                                                                                                 53
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60