Page 54 - Inovasi COMBI kebangsaan 2019
P. 54

PAHANG

                                  COMBI FELDA LURAH BILUT, BENTONG

                                               MYMAT ® SUPERHERO





                                1. Meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pengecaman nyamuk dewasa.
                                2. Memberi amaran awal kepada penduduk terdapat pembiakan nyamuk Aedes dari
                                    MyMAT® yang positif.
           MyMAT®               3. Sebagai alat intervensi mengawal populasi nyamuk Aedes.
                                4. Menjalankan aktiviti gotong–royong yang berkesan melalui input data kehadiran
                                    nyamuk Aedes dewasa pada MyMAT®.




           KAEDAH PELAKSANAAN:
           • 260 unit MyMAT® dipasang.
           • Pemeriksaan kehadiran nyamuk dewasa yang terperangkap pada MyMAT® dijalankan secara bulanan
              oleh sukarelawan COMBI & Komuniti.
           • Taburan MyMAT® dibahagi kepada 5 zon bagi memudahkan pengumpulan data di mana setiap zon
              mempunyai ketua.
           • Berdasarkan data yang dikumpul, aktiviti cari dan musnah serta gotong-royong dijalankan di sekitar 50m
              radius dari MyMAT® positif.

           Hasil Penggunaan:
           • Projek ini berjaya memberi impak kepada sukarelawan COMBI dan penduduk FELDA Lurah Bilut di mana
              sukarelawan COMBI Felda Lurah Bilut boleh membezakan nyamuk dewasa mengikut genus.
           • Data bulanan MyMAT® telah membantu sukarelawan COMBI dan komuniti dalam merancang aktiviti
              gotong-royong dan pemusnahan tempat pembiakan secara berkesan sekaligus dapat menurunkan
              populasi nyamuk Aedes.


           MyMAT® mampu menjadi sebagai alat intervensi bagi pengesanan awal tempat pembiakan dan mengawal
           populasi nyamuk Aedes sekaligus dapat mengelakkan jangkitan demam denggi dalam kalangan komuniti.
           Kerjasama antara sukarelawan COMBI dan komuniti amatlah penting bagi memastikan projek ini berjaya.












     52
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59