Peranan myChampion

01

Mendidik, memperkasa dan menggerakkan individu, ahli keluarga dan komuniti dalam mengamalkan budaya hidup sihat dan kelestarian persekitaran

02

Melaksanakan aktiviti intervensi perubahan tingkah laku mencegah dan mengawal faktor risiko penyakit

03

Memastikan komuniti mengambil tanggungjawab yang aktif dalam mengurus kawalan kesihatan kendiri

04

Melaksanakan aktiviti pemantauan dan pematuhan SOP serta memberi nasihat, peringatan, teguran dan panduan bagi memastikan komuniti terus patuh mengamalkan norma baharu

05

Menjadi jurucakap melalui komunikasi secara langsung dan menggunakan platform media sosial

06

Mengadakan aktiviti jangkau luar kepada komuniti berkeperluan khas seperti golongan miskin bandar, gelandangan, orang kurang upaya (OKU), Orang Asli, pelarian dan pendatang asing tanpa izin

07

Mengadakan aktiviti khusus untuk membantu komuniti yang terjejas dengan bencana yang berisiko menjadi krisis kesihatan dalam komuniti

08

Mewujudkan jaringan perkongsian pintar dengan pelbagai agensi untuk mendapatkan sokongan sumber, peralatan dan kewangan serta menjalankan keusahawanan sosial bagi menjana dana untuk kelestarian aktiviti kesihatan

Image