Page 9 - Aktiviti Pasukan Petugas Khas Denggi
P. 9
Pertamanya saya ingin mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada semua yang
telah memberi komitmen dalam penghasilan
naskhah ini. Sudah semestinya naskhah
yang julung kali diterbitkan ini adalah sangat
berharga kerana ianya merupakan kompilasi
pencapaian semua Ahli Jawatankuasa Petugas
Khas Denggi Peringkat Kementerian bermula
tahun 2014 hingga tahun 2020.
Tanggungjawab memerangi Denggi bukan
hanya terletak di atas bahu Kementerian
Kesihatan sahaja, malah ia merupakan
tanggungjawab setiap lapisan masyarakat.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa
Petugas Khas Denggi Peringkat Kementerian
kerana terus komited dalam memerangi Denggi
bersama Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sekian, terima kasih.
YBhg. Datuk Dr. Chong Chee Kheong
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
(Kesihatan Awam)
Kementerian Kesihatan Malaysia
9 9