Page 8 - Aktiviti Pasukan Petugas Khas Denggi
P. 8
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
sekalung tahniah kepada Pasukan Petugas
Khas Denggi Peringkat Kementerian
kerana berjaya menghasilkan naskhah ini.
Komitmen padu yang diberikan oleh semua
kementerian, jabatan dan agensi sejak
tahun 2014 telah berjaya membuahkan hasil
dengan tren penurunan kes Denggi dari tahun
2015 hingga tahun 2018. Walaupun pada
tahun 2019 kes Demam Denggi merekodkan
kenaikan yang tinggi, hasil komitmen semua
Ahli Jawatankuasa dan usahasama Pakar
Klinikal yang bertungkus lumus dalam
perawatan kes, kadar kematian kes dapat
dikekalkan di bawah paras 0.2% dari tahun
2018 hingga kini.
Saya berharap kerjasama yang baik ini akan
diteruskan di masa akan datang supaya
aktiviti pencegahan dan kawalan Denggi terus
menjadi agenda penting bagi Kementerian,
Jabatan dan Agensi.
Akhir kata, syabas dan tahniah sekali
lagi kepada semua yang terlibat dalam
penghasilan naskah ini.
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
8