Page 4 - SOALAN LAZIM PICKIDS CORONAVAC
P. 4

SOALAN LAZIM PICKids CORONAVAC




            SOALAN LAZIM PENGGUNAAN VAKSIN CORONAVAC (SINOVAC)


            UNTUK PICKids






                                   BAGAIMANAKAH CARA IBU BAPA / PENJAGA MENDAPATKAN VAKSIN
                                   CORONAVAC (SINOVAC) UNTUK ANAK / JAGAAN MEREKA?
              06                      Ibu bapa / penjaga perlu mendaftar anak / jagaan sebagai tanggungan vaksinasi dalam


                                      MySejahtera seterusnya boleh membuat tempahan janji temu mengikut tarikh, masa
                                      dan tempat mengikut pilihan sendiri melalui pautan yang disediakan.


                                      Langkah-langkah membuat janji  temu seperti  di pautan:  https://covid-19.moh.gov.
                                      my/vaksin-covid-19/pickids/semasa/2022/02/langkah-langkah-mendapatkan-janji-
                                      temu-vaksinasi-pickids-melalui-mysejahtera.  Maklumat  janji  temu  akan  disalurkan

                                      melalui MySejahtera ibu bapa / penjaga.

                                      Ibu bapa / penjaga juga boleh hadir ke PPV secara terus di beberapa PPV yang
                                      disenaraikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.








                                   SEKIRANYA KANAK-KANAK MENGALAMI KESAN SAMPINGAN

              07                   TERHADAP VAKSIN COMIRNATY (PFIZER) SEMASA DOS PERTAMA,
                                   BOLEHKAH KANAK-KANAK TERSEBUT MENERIMA VAKSIN CORONAVAC?


                                      Kanak-kanak yang mengalami kesan sampingan yang teruk selepas menerima dos
                                      pertama Comirnaty (Pfizer), memadai mereka menerima satu (1) dos vaksin CoronaVac
                                      (Sinovac) sebagai dos kedua dengan sela masa 4 minggu daripada dos pertama.
























                                                                                                 Dikemaskini pada
                                                                                                 14 Mac 2022                         3
   1   2   3   4   5   6