Page 2 - SOALAN LAZIM PICKIDS CORONAVAC
P. 2
SOALAN LAZIM PICKids CORONAVAC
SOALAN LAZIM PENGGUNAAN VAKSIN CORONAVAC (SINOVAC)
UNTUK PICKids
BILAKAH PEMBERIAN VAKSIN CORONAVAC (SINOVAC) UNTUK PICKids
BERMULA?
01 Pemberian Vaksin CoronaVac (Sinovac) untuk kanak-kanak ini bermula pada
07 Mac 2022. Keputusan ini susulan daripada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan
Dadah yang ke-370 telah memberi kelulusan bersyarat penggunaan CoronaVac
Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated keluaran
Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd., Malaysia,
untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun.
BERAPA BANYAKKAH DOS YANG AKAN DIBERI?
02 Sebanyak dua (2) dos vaksin CoronaVac (Sinovac) dengan sela masa 4 minggu akan
diberikan kepada kanak-kanak untuk perlindungan dan keberkesanan yang optimum.
Satu dos mengandungi 0.5 ml (3mcg) diberi secara suntikan ke dalam otot bahu
(deltoid).
SIAPAKAH YANG AKAN DITAWARKAN VAKSIN INI?
03 Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan vaksin Comirnaty (Pfizer) sebagai
pilihan utama bagi vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.
i.
Kanak-kanak yang tidak boleh menerima vaksin Comirnaty (Pfizer) atas
Walau bagaimanapun, vaksin CoronaVac akan ditawarkan kepada:
sebab kesihatan
ii. Kanak-kanak yang tiada penyakit kronik (komorbid) lain
iii. Pilihan kepada ibu bapa sekiranya mereka tidak bersetuju untuk
menggunakan vaksin Comirnaty (Pfizer) kepada anak mereka.
Dikemaskini pada
14 Mac 2022 1