Page 44 - Plan Strategik ANMS
P. 44
TERAS 4:
MEMANTAPKAN KEBERSIHAN
PERSEKITARAN
Penjagaan kebersihan persekitaran merupakan tangunggjawab bersama
segenap lapisan masyarakat. Keadaan sesuatu persekitaran memberi
implikasi kepada kesejahteraan kesihatan Keluarga Malaysia. Bagi menjamin
implikasi yang positif dan baik, usaha ke arah penjagaan persekitaran yang
bersih dan kondusif perlu digiatkan. Langkah untuk memupuk rasa kepunyaan
dan tanggungjawab bersama dalam aspek kebersihan serta melestarikan
kebersihan persekitaran bagi menyokong kesejahteraan kesihatan turut diberi
perhatian. Strategi dan inisiatif dalam teras ini adalah sejajar dan melengkapi
keperluan Dasar Kebersihan Negara. Usaha memastikan hasrat ini tercapai
adalah dengan memantapkan kebersihan persekitaran melalui 4 strategi.
OBJEKTIF
1 3
2 4
38 PELAN STRATEGIK AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT 2021-2025