Page 40 - Plan Strategik ANMS
P. 40
TERAS
3 INISIATIF 10 :
Memperluas program intervensi pemerkasaan kesihatan mengikut setting dan kumpulan
S5 sasar
Program intervensi adalah program yang memberi penekanan kepada perubahan tingkah
laku dalam penyelesaian masalah kesihatan kendiri, keupayaan bertindak bagi mencegah
dan mengawal faktor risiko kesihatan yang dihadapi. Pelaksanaan program intervensi adalah
berfokus kepada modifikasi tingkah laku kesihatan secara bersasar serta direka bentuk
mengikut keperluan dan perubahan tingkah laku kesihatan yang diperlukan. Program ini
dikendalikan secara berstruktur dan berjadual untuk jangka masa yang ditetapkan. NGO,
sukarelawan dan ejen kesihatan yang terlatih dibimbing dan diperkasa untuk mengendalikan
program intervensi. Antara program intervensi adalah pengurusan berat badan, kesihatan
mental, berhenti merokok, kesihatan pergigian, resilien dan pencegahan penyakit berjangkit.
Aktiviti 10.1 Aktiviti 10.2 Aktiviti 10.3 Aktiviti 10.4
Program intervensi Program intervensi Program intervensi Program intervensi
pemerkasaan hidup pemerkasaan hidup pemerkasaan hidup pemerkasaan hidup
sihat dalam komuniti. sihat oleh NGO/ CSO. sihat di tempat kerja. sihat di Institusi
pendidikan.
34 PELAN STRATEGIK AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT 2021-2025