Page 85 - Pelan Strategik Putrajaya Sihat_Final
P. 85

ISTILAH





               Inisiatif Putrajaya          Satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang memberi tumpuan kepada
               Sihat Sejahtera (PSS)        kesejahteraan kesihatan dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya yang berfokus kepada hidup
                                            aktif, persekitaran yang menyokong, pemakanan sihat, makanan selamat, saringan kesihatan dan
                                            intervensi kesihatan. Inisiatif ini dilaksanakan bermula tahun 2024 hingga 2030 dengan pelaksanaan
                                            fasa rintis tahun 2024-2025.



               Literasi Kesihatan           Literasi kesihatan adalah kemampuan untuk memperoleh, membaca, memahami dan menggunakan
                                            maklumat penjagaan kesihatan untuk membuat keputusan kesihatan
                                            yang sesuai dan mengikut arahan untuk rawatan.



               Wellness Hub                 Wellness Hub merupakan one stop centre yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan
                                            kesihatan yang komprehensif dan bersepadu kepada komuniti setempat. Ia selari dengan hala tuju
                                            Kementerian Kesihatan Malaysia untuk beralih daripada Sick Care kepada Health Care dan Wellness
                                            agar individu lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan diri, keluarga dan komuniti.


               Agenda Nasional              Agenda Nasional Malaysia Sihat merupakan satu agenda kesihatan Negara yang mengandungi
               Malaysia Sihat               pelbagai inisiatif kesihatan yang dilaksanakan melalui pendekatan whole of nation bertujuan
               (ANMS)                       menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian
                                            persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.



               Kesihatan Awam               Kesihatan awam merujuk kepada semua langkah yang dirancang (sama ada awam atau swasta)
                                            untuk mencegah penyakit, menggalakkan kesihatan dan memanjangkan jangka hayat dalam
                                            kalangan penduduk secara keseluruhan. Aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan keadaan yang
                                            membolehkan rakyat hidup sihat dan memberi tumpuan kepada keseluruhan penduduk, bukannya
                                            individu atau penyakit yang khusus.


               Kertas Putih Kesihatan       Kertas Putih Kesihatan adalah dokumen dasar reformasi kesihatan negara yang menggariskan
                                            cabaran utama yang dihadapi oleh sistem kesihatan serta mengemukakan cadangan penyelesaian
                                            secara berfasa dalam tempoh 15 tahun merangkumi aspek penyampaian, promosi kesihatan dan
                                            pencegahan penyakit, pembiayaan kesihatan, serta tadbir urus demi memastikan sistem kesihatan
                                            yang lebih berkualiti, mampan dan berdaya tahan.

























                                                                PELAN STRATEGIK putraja y a siha t sejahtera                                             71
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90