Page 82 - Pelan Strategik Putrajaya Sihat_Final
P. 82
Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera adalah satu
hala tuju strategik serta pelan pelaksanaan inisiatif
Agenda Nasional Malaysia Sihat khususnya kepada
penjawat awam di Putrajaya mulai 2024 hingga 2030.
Pelan Strategik PSS akan dikaji dari semasa ke
semasa bagi memastikan inisiatif dikemas kini agar
kekal relevan. Pencapaian PSS dinilai secara berkala
dan komprehensif serta dibuat secara bersama
dengan pencapaian KPI yang telah ditetapkan
menggunakan scorecard.
Setiap penjawat awam perlu bertanggungjawab
ke atas kesihatan masing-masing. Komitmen dan
kesungguhan penjawat awam amat diharapkan untuk
menjayakan pelaksanaan inisiatif ini.
68 PELAN STRATEGIK putraja y a siha t sejahtera