Page 7 - BUKU GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SENAMAN RINGAN ATAU X_BREAK_NEW DESIGN
P. 7
PANDUAN PENGGUNAAN
GARIS PANDUAN
• Garis panduan ini merupakan bahan rujukan kepada guru
dalam melaksanakan aktiviti senaman ringan atau X-BREAK
di sekolah.
• Maklumat mengenai kumpulan sasar, kesesuaian masa,
tempoh pelaksanaan, pakaian dan penggunaan bahan
audio visual dinyatakan secara jelas bagi memudahkan
pelaksanaan senaman ringan atau X-BREAK di sekolah.
MATLAMAT
• Memperkasa komuniti sekolah yang terdiri dalam
kalangan murid, guru dan anggota pentadbiran
untuk membudayakan hidup sihat sebagai rutin harian.
• Garis Panduan ini bertujuan menjelaskan kaedah
pelaksanaan senaman ringan atau X-BREAK
di institusi pendidikan di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
• Garis panduan ini adalah terpakai untuk semua
institusi pendidikan termasuk institusi
pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM.
3 3

