Page 5 - BUKU GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SENAMAN RINGAN ATAU X_BREAK_NEW DESIGN
P. 5

PRAKATA KETUA PENGARAH KESIHATAN


                     Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


                     Adalah menjadi hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk sentiasa mempromosi
                     cara hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda. Senaman
                     ringan atau X-BREAK yang diperkenalkan ini adalah sebahagian daripada usaha KKM untuk
                     memastikan murid mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal
                     yang bermanfaat dan menyeronokkan.


                     Berdasarkan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Remaja (NHMS)
                     2022, mendapati 66.7 peratus murid berusia 13 hingga  17 tahun  tidak aktif dalam
                     melakukan aktiviti fizikal di mana 1 daripada 3 remaja mempunyai berat badan berlebihan
                     atau obes manakala 4 daripada 5 remaja tidak aktif secara fizikal dan 2 daripada 3 remaja
                     mengamalkan aktiviti sedentari. Data ini menunjukkan betapa pentingnya inisiatif seperti
                     X-BREAK untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan murid.

                     Saya percaya melakukan aktiviti fizikal yang teratur bukan sahaja memberi manfaat kepada
                     kesihatan fizikal, kesejahteraan mental dan emosi. Oleh itu, saya berharap garis panduan
                     ini dapat dijadikan rujukan yang berguna untuk institusi pendidikan dalam melaksanakan
                     senaman ringan atau X-BREAK.

                     Kesempatan ini saya merakamkan penghargaan kepada semua
                     pihak yang terlibat dalam penyediaan dan pelaksanaan garis
                     panduan  senaman  ringan  atau X-BREAK .  Komitmen dan
                     kerjasama anda semua amat dihargai.

                     Semoga usaha ini membawa kebaikan dan manfaat kepada semua.




                     Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan
                     Ketua Pengarah Kesihatan
                     Kementerian Kesihatan Malaysia













                                                                                                                              1 i
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10