Page 3 - SOALAN LAZIM TARIKH AKHIR DOS 1 PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KANAK-KANAK (PICKids)
P. 3

SOALAN LAZIM TARIKH AKHIR DOS 1 PROGRAM IMUNISASI COVID-19


            KANAK-KANAK (PICKids)






                                      MENGAPAKAH KKM MEMBUAT KEPUTUSAN MENETAPKAN TARIKH
                                      AKHIR PICKIDS?
                  04                      Keputusan penetapan tarikh akhir Dos 1 PICKids dibuat berdasarkan kepada faktor-

                                          faktor berikut:


                                            a.   Penurunan ketara permintaan vaksinasi COVID-19 kanak-kanak di seluruh negara
                                                 di mana sebelum pengumuman dibuat berdasarkan purata terendah vaksinasi
                                                 sekitar 2,000 hingga 4,500 sehari.
                                          b.     Vaksin Comirnaty formulari kanak-kanak mempunyai jangka hayat selama 6 bulan

                                                 selepas dikeluarkan oleh pengilang dan vaksin yang tidak dapat digunakan
                                                 sebelum tarikh luput, perlu dilupuskan. Ini akan menyebabkan pembaziran yang
                                                 besar dari segi kewangan.
                                          c.     Selepas tarikh akhir Dos 1, KKM akan mengetahui baki vaksin yang perlu disediakan
                                                 untuk Dos 2 kanak-kanak. Perancangan ini perlu bagi menentukan sama ada
                                                 jumlah vaksin dalam simpanan mencukupi untuk Dos 2 serta jumlah tambahan
                                                 yang diperlukan oleh kanak-kanak pada tahun 2022.









                                      BOLEHKAH IBU BAPA/ PENJAGA MENDAPATKAN VAKSINASI COVID-19
                                      BAGI KANAK-KANAK YANG BERUSIA 5 HINGGA BAWAH 12 TAHUN
                  05                  SELEPAS TARIKH AKHIR INI?




                                          Selepas tarikh akhir Dos 1, vaksin COVID-19 jenis CoronaVac boleh didapati di klinik
                                          swasta yang membuat pembelian vaksin jenis ini daripada pembekal. Ibu bapa perlu
                                          membayar kos vaksin dan suntikan yang ditawarkan oleh klinik swasta tersebut.



















                                                                                                 Dikemaskini pada

                                                                                            14 APRIL 2022                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8