Page 2 - SOALAN LAZIM TARIKH AKHIR DOS 1 PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KANAK-KANAK (PICKids)
P. 2

SOALAN LAZIM TARIKH AKHIR DOS 1 PROGRAM IMUNISASI COVID-19


            KANAK-KANAK (PICKids)







                                      APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TARIKH AKHIR DOS 1?

                  01                      Tarikh akhir Dos 1 bermaksud tarikh akhir pemberian Dos 1 vaksin COVID-19 di
                                          bawah  PICKids.  Selepas  tarikh  ini,  Kementerian  Kesihatan  Malaysia  (KKM)  tidak  lagi
                                          menawarkan Dos 1 vaksin COVID-19 jenis Comirnaty formulari kanak-kanak dan
                                          CoronaVac kepada kanak-kanak yang telah berusia 5 hingga bawah 12 tahun.












                                      BILAKAH TARIKH AKHIR DOS 1 PICKIDS?
                  02                      Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (CITF-C) telah


                                          menetapkan tarikh akhir Dos 1  bagi PICKids adalah pada 15 Mei 2022.













                                      APAKAH YANG AKAN BERLAKU SELEPAS 15 MEI 2022?
                  03                      Selepas tarikh ini, Dos 1 vaksin COVID-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi


                                          ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia. Manakala
                                          vaksin CoronaVac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.





















                                                                                                 Dikemaskini pada

                                                                                            14 APRIL 2022                            2
   1   2   3   4   5   6   7