Page 18 - Buku Pemerkasaan Komuniti Ke arah Kesejahteraan Kesihatan Peranan MyChampion_28_7_22
        P. 18
     HAK BUKAN PEROKOK
          SUARAKAN HAK ANDA UNTUK
          PERSEKITARAN BEBAS ASAP ROKOK
          Tabiat merokok boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit terutama penyakit kanser paru-paru, tekanan
          darah tinggi, strok, penyakit jantung dan mati pucuk. Walaupun tidak merokok, pendedahan kepada asap rokok
          basi (second hand smoke) juga berisiko untuk mendapat penyakit seperti seorang perokok.
          Anda berhak menyuarakan ketidak selesaan anda kepada perokok yang merokok berhampiran dengan anda.
          Namun, tegurlah dengan cara yang paling berhemah dan sopan.
          Sekiranya perokok tidak memberikan respon seperti yang diharapkan, senyum dan yakinlah, anda telah
          melakukan yang terbaik. Syabas kami ucapkan!
                       LANGKAH                  Mulakan niat yang         Gunakan perkataan         Luahkan dengan
                       MENEGUR
              3 PEROKOK                    1    baik untuk menegur   2    yang baik           3     sopan dan berhemah
   18
     	
