Page 36 - Plan Strategik ANMS
P. 36

TERAS 3:


                             MEMPERKASAKAN KAWALAN



                             KESIHATAN KENDIRI





                             Kawalan kesihatan kendiri merupakan teras ketiga dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat
                             (ANMS). Teras ini bertujuan memperkasa individu, keluarga dan komuniti dalam penjagaan
                             kesihatan dan persekitaran bagi melahirkan rakyat yang sihat sejahtera. Pemerkasaan rakyat
                             adalah penting bagi membolehkan rakyat berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengenal
                             pasti, mengurus, menilai, membuat keputusan dan bertindak dalam kawalan kesihatan untuk
                             pencegahan penyakit. Fokus pemerkasaan rakyat meliputi pembudayaan hidup sihat, penilaian
                             kesihatan kendiri, amalan norma baharu, pematuhan SOP dan pengambilan vaksin serta
                             kebersihan persekitaran. Pengukuhan dan perluasan program pemerkasaan kesihatan turut

                             diberi keutamaan bagi kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.





                                                                     OBJEKTIF






                                          01                                02                                03















                                     Meningkatkan                       Meningkatkan                     Memperkasakan
                                    kemahiran dalam                   penglibatan aktif                  komuniti dalam

                                   kawalan kesihatan                   rakan strategik                 kawalan kesihatan
                                          kendiri.                    dan rakyat dalam                        kendiri.
                                                                    menjayakan inisiatif
                                                                    untuk kesejahteraan
                                                                          kesihatan.






        30     PELAN STRATEGIK AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT 2021-2025
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41