Page 33 - Plan Strategik ANMS
        P. 33
     STRATEGI 4 :
               Memperkukuh perkhidmatan pembudayaan hidup sihat dan kelestarian
               persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.
               Usaha menjadikan Keluarga Malaysia
               sihat sejahtera, diperkukuh dengan
               membangunkan pakej perkhidmatan
               kesejahteran kesihatan yang lebih
               komprehensif dan bersepadu
               serta membangunkan aplikasi
               wellness untuk rakyat memantau
               kesejahteraan kesihatan mereka.
               Kerjasama antara agensi awam,
               swasta dan NGO dalam penganjuran
               dan pelaksanaan aktiviti di Wellness
               Hub dan Wellness on Wheels
               dipertingkat. Pelan Pembangunan
               Wellness Hub disediakan untuk
               rancangan jangka panjang
               pembangunan baharu Wellness Hub
               untuk kesejahteraaan rakyat.
                                                                           PELAN STRATEGIK AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT 2021-2025              27
     	
