Page 24 - Plan Strategik ANMS
P. 24

TERAS

              1           INISIATIF 2 :
                          Promosi budaya hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan
            S1            kesihatan melalui jurucakap


                          Jurucakap berperanan sebagai mediator dalam menyampaikan mesej  kesihatan kepada rakyat.
                          Usaha ini digiatkan bagi memastikan mesej kesihatan dapat disampaikan kepada kumpulan
                          sasar. Jurucakap  turut berperanan sebagai pemangkin kepada kelestarian tingkah laku
                          amalan hidup sihat komuniti dengan penglibatan aktif dalam pelaksanaan aktiviti dan sebagai
                          penggerak dalam mempengaruhi Keluarga Malaysia untuk mengamalkan hidup sihat.



                                      Aktiviti 2.1                                               Aktiviti 2.2



                          Pemerkasaan individu berpengaruh sebagai                  Pemerkasaan individu berpengaruh rakan
                          jurucakap promosi budaya hidup sihat.                     strategik sebagai jurucakap promosi budaya
                                                                                    hidup sihat.
                             Memperkasakan individu sebagai
                             sukarelawan atau ejen kesihatan iaitu                      Kementerian, agensi dan institusi
                             pemimpin dan sukarelawan COMBI,                            mengenal pasti individu sebagai
                             KOSPEN, Duta Kenali Ubat Anda, Ikon                        sukarelawan atau ejen untuk dilantik

                             Gigi, Panel Penasihat, Doktor Muda dan                     sebagai jurucakap promosi budaya hidup
                             juga penyelaras program pemerkasaan di                     sihat.
                             lapangan.
                                                                                        Kerajaan negeri mengenal pasti dan
                             Memperkasakan pertubuhan bukan                             melantik  individu yang terdiri daripada
                             kerajaan di bawah penyelarasan KKM.                        pemimpin negeri, ketua kampung, JKK
                                                                                        Kampung, RELA, Rukun Tetangga dan
                                                                                        individu berpengaruh dalam komuniti.


                                                                                        Memperkasakan pertubuhan bukan
                                                                                        kerajaan (NGO) seperti pertubuhan belia,
                                                                                        persatuan ibu bapa dan guru (PIBG),

                                                                                        persatuan penjaja, persatuan pekebun
                                                                                        kecil, persatuan alam sekitar, persatuan
                                                                                        kecergasan, persatuan komunikasi dan
                                                                                        lain-lain sebagai jurucakap.












        18     PELAN STRATEGIK AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT 2021-2025
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29