Page 74 - Aktiviti Pasukan Petugas Khas Denggi
P. 74
Sejak 2014 hingga kini CIDB telah bekerjasama
dengan Kementerian Kesihatan dalam
penganjuran Operasi bersepadu di tapak tapak
bina. Sejumlah 130 Operasi melibatkan lebih
150 tapak bina telah dilaksanakan. Operasi
yang juga disertai agensi lain :
• Jabatan Imigresen
• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna
• Jabatan Tenaga Kerja dan lain lain jabatan
Pihak CIDB juga ada bekerjasama dengan
Bahagian Pendidikan Kementerian Kesihatan
Malaysia dengan mengedarkan pamplet
pendidikan denggi yang di bekalkan ke tapak
bina untuk sebagai peringatan dan pendidikan
kepada Pihak Kontraktor.
Di bawah seksyen 34B(1)(b) Akta 520,
Seseorang kontraktor yang mengusahakan
apa-apa kerja pembinaan hendaklah –
a) Memastikan kerja pembinaan dijalankan
mengikut peruntukan Akta ini, mana-
mana peraturan, terma dan syarat yang
dikenakan oleh Lembaga dan mana-
mana undang-undang bertulis yang lain;
dan
b) Memastikan keselamatan bangunan dan
kerja pembinaan sama ada semasa atau
selepas kerja pembinaan.
74