Page 40 - Inovasi COMBI kebangsaan 2019
P. 40

SELANGOR





                                 COMBI TAMAN JASA UTAMA, GOMBAK

                      AMALAN 10:6:1 KE ARAH SIFAR DENGGI COMBI TJU



          KAEDAH PELAKSANAAN
          •  Membahagikan AJK dan sukarelawan kepada kumpulan-kumpulan kecil di mana setiap kumpulan terdiri
              daripada 2-3 orang sukarelawan.
          •  10 kumpulan kecil dibentuk di mana setiap kumpulan bertanggungjawab menjalankan intervensi terhadap
              10 buah rumah di bawah pemantauan mereka yang dikenali sebagai rumah angkat.
          •  Semasa lawatan ke rumah, sukarelawan akan menggunakan pendekatan Amalan 10:6:1 iaitu memeriksa
              dan membersihkan kawasan rumah masing-masing sekurang-kurangnya 10 minit, pada jam 6 petang,
              sekali seminggu (setiap Ahad) untuk mengelakkan daripada rumah mereka menjadi sarang pembiakan
              nyamuk Aedes.



          Kad Lawatan COMBI Taman Jasa Utama
          Bagi memastikan keseluruhan rumah angkat dapat diliputi oleh kumpulan sukarelawan COMBI, Kad Lawatan
          COMBI Taman Jasa Utama diperkenalkan.









                    Mengetahui bilangan isi rumah             Objektif                         Merekod pemeriksaan yang
                    dan jumlah penduduk                                                        telah dijalankan oleh
                    taman yang sebenar                    Kad Lawatan                          pasukan COMBI








                                                      Menimbulkan kesedaran dan
                                                      tanggungjawab pemilik rumah
                                                      terhadap kebersihan persekitaran
                                                      rumah masing-masing








     38
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45