Page 5 - SOALAN LAZIM TARIKH AKHIR DOS 1 PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KANAK-KANAK (PICKids)
P. 5
SOALAN LAZIM TARIKH AKHIR DOS 1 PROGRAM IMUNISASI COVID-19
KANAK-KANAK (PICKids)
BOLEHKAH KANAK-KANAK YANG BARU MENCAPAI USIA 5 TAHUN
08 SELEPAS 15 MEI 2022 MENDAPATKAN VAKSINASI SECARA WALK-IN
SELEPAS TARIKH AKHIR DOS 1?
Walk-in tidak dibenarkan bagi mengelakkan pembaziran vaksin secara besar-besaran.
Ibu bapa perlu :
a) Membuat tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera untuk menyatakan
hasrat bagi mendapatkan Dos 1. Dengan cara ini, KKM dapat merancang keperluan
vaksin Comirnaty formulari kanak-kanak di sesebuah PPV.
b) Bagi yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, ibu bapa perlu membuat janji
temu di klinik kesihatan berhampiran dengan rumah.
BAGAIMANA PEMBERIAN DOS 2 BAGI KANAK-KANAK YANG TELAH
09 MENERIMA DOS 1 SEBELUM ATAU PADA 15 MEI 2022?
Kanak-kanak yang menerima vaksinasi Dos 1 sebelum atau pada 15 Mei 2022, akan
diberikan janji temu Dos 2 seperti berikut:
a. Penerima vaksin Comirnaty Formulari kanak-kanak akan diberi janji temu Dos 2
dalam sela masa 8 minggu selepas Dos 1.
b. Penerima vaksin CoronaVac pula akan diberi janji temu Dos 2 dalam sela masa
28 hari selepas Dos 1.
Dikemaskini pada
14 APRIL 2022 5