Page 5 - Plan Strategik ANMS
P. 5

Agenda Nasional Malaysia Sihat
                                                                                   adalah pendekatan menyeluruh Whole

                                                                                   of Government dan Whole of Society
                                                                                   untuk menggalakkan pembudayaan
                                                                                   norma baharu dan pengamalan cara
                                                                                   hidup sihat bagi menjana kesihatan
                                                                                   dan kesejahteraan serta menjamin
                                                                                   kelangsungan kehidupan seluruh
                                                                                   Keluarga Malaysia.



                                                                                   Krisis kesihatan global COVID-19 ini
                                                                                   telah membuktikan keperluan kritikal
                                                                                   dalam memastikan kesiapsiagaan
                                                                                   negara untuk menghadapi sebarang
                                                                                   bentuk ancaman kesihatan.


                                                                                   Justeru, setiap individu, keluarga
                                                                                   dan komuniti perlu berganding bahu

                                                                                   bersama kerajaan dalam mencegah dan
                                                                                   mengawal penyakit sama ada berjangkit
                                                                                   atau tidak berjangkit serta bertekad
                                                                                   dalam membantu Negara dengan
                                                                                   pembukaan semua sektor ekonomi dan
                                                                                   sosial dengan selamat.








                                                                              TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM

                                                                              BIN ABDULLAH

                                                                              Ketua Pengarah Kesihatan
                                                                              Kementerian Kesihatan Malaysia
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10