Page 11 - Plan Strategik ANMS
P. 11
BUDAYA HIDUP SIHAT DAN
DAYA TAHAN BADAN
Sistem imun badan adalah amat penting untuk mencegah daripada mendapat penyakit
selain sebagai kesiapsiagaan rakyat menghadapi sebarang ancaman kesihatan. Vaksin
sememangnya terbukti meningkatkan imuniti badan dalam mencegah penyakit. Namun,
budaya hidup sihat yang konsisten menyokong dalam memperkukuh IMUNITI badan
mencegah dan melawan penyakit.
Justeru, rakyat Malaysia harus terus membudayakan hidup sihat yang disokong dengan
persekitaran sihat bukan semata-mata untuk pencegahan penyakit berjangkit seperti
COVID-19, malahan juga pencegahan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes,
hipertensi dan penyakit jantung.
PELAN STRATEGIK AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT 2021-2025 5