Page 7 - Norma Baharu
P. 7
PERANAN PENJAGA DALAM
PENGURUSAN KES POSITIF
COVID-19 DI RUMAH
Bantu pesakit dari segi pemantauan gejala dan pengambilan ubat-ubatan (jika ada)
Bantu pesakit untuk keperluan harian seperti makan, minum,
mencuci pakaian dan pengurusan sisa
Pastikan pesakit rehat secukupnya serta mengambil
makanan yang berkhasiat dan minum air secukupnya
Lakukan pembersihan dan disinfeksi di rumah,
terutamanya di bilik air
NASIHAT UMUM KEPADA
PENJAGA KES COVID-19 DI
RUMAH
Jangan makan di bilik atau kawasan yang sama dengan pesakit
Jangan berkongsi barangan peribadi seperti pinggan, mangkuk, cawan,gelas,tuala atau perlatan elektronik (seperti
telefon bimbit) dengan pesakit
Pakai pelitup muka, jaga jarak lebih daripada 1-meter dan <15 minit sekiranya perlu bersemuka atau berada dalam
bilik yang sama dengan pesakit.
PENGURUSAN KONTAK
RAPAT KES COVID-19 DI
RUMAH
1 Kontak rapat hendaklah melakukan pemantauan
kesihatan kendiri untuk gejala
2 Kontak rapat yang bergejala digalakkan untuk menjalani
ujian kendiri pengesanan COVID-19
6 KEMENTERIAN KESIHA TAN MALAYS IA Dikemaskini pada
6 April 2022