Page 65 - Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
P. 65
RASIONAL
Mewujudkan sistem pintar bersepadu yang mengesan data literasi kesihatan dalam kalangan
pihak berkepentingan yang berbeza dalam kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan
dan komuniti masyarakat. Data utama dikenal pasti, dikumpul, disimpan, dianalisis dan dikongsi
dalam pangkalan data sumber terbuka yang boleh menggalakkan penyelarasan dan kerjasama
antara pihak yang berbeza. Sistem ini akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk
memastikan data boleh digunakan untuk meramal dan merancang, menjadikannya sumber
yang berharga untuk reka bentuk dan meneroka inisiatif dan program yang boleh meningkatkan
literasi kesihatan. Pengumpulan sumber, perkongsian kepakaran dan usaha yang diselaraskan
dapat meningkatkan hasil literasi kesihatan yang akan menyumbang kepada peningkatan hasil
kesihatan bagi individu dan komuniti.
Sistem pintar bersepadu akan menjana “profil literasi kesihatan negara” dengan
menggabungkan indikator daripada agensi dan sektor yang berbeza. Ini akan membawa
kepada peningkatan dalam keberkesanan penyebaran maklumat kesihatan, memupuk
kerjasama strategik antara agensi, memudahkan koordinasi dan komunikasi antara entiti dalam
sistem,sekaligus meningkatkan kecekapan pelaksanaan program kesihatan.
HASIL YANG DIINGINI
Sistem data berintegrasi yang pintar dan bersepadu untuk literasi kesihatan melibatkan sistem
yang mampu untuk mengumpul data daripada pelbagai pihak berkepentingan dan berperanan
sebagai sumber atau pangkalan data untuk membuat keputusan. Sistem ini akan menggalakkan
kerjasama kolaboratif, koordinasi usaha , penggunaan sumber yang cekap serta penyelarasan dasar
dan keputusan kesihatan yang lebih baik. Ia akan memupuk ekosistem yang menyokong pihak
berkepentingan untuk bekerjasama bagi mempromosikan literasi kesihatan serta memperkasakan
individu dan komuniti untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat tentang kesihatan mereka.
DASAR LITERASI KESIHATAN KEBANGSAAN 55